Saturday, March 6, 2010

Kepala Babi di masjid

perlakuan orang tidak siuman

2010/01/28

CEBU, (FILIPINA): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melahirkan rasa marah dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian meletakkan empat kepala **** hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras di dua masjid di Petaling Jaya semalam.

Beliau menyifatkan perlakuan itu sebagai tidak siuman dan bertentangan dengan amalan yang rasional. “Saya rasa marah dan ini adalah satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku.

Ia sesuatu yang amat memalukan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45.

Muhyiddin berkata, polis perlu mengambil langkah segera serta mengenakan tindakan serius terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara itu.

Beliau berkata, kejadian sebegini boleh membangkitkan kemarahan di kalangan umat Islam dan mahu agar semua pihak tenteram serta tidak menuduh sesiapa sebagai dalang di sebalik perbuatan itu. “Saya tidak mahu buat tuduhan siapa melakukan perbuatan ini, macam kes surau terbakar di Muar rupanya bukan orang bukan Islam yang lakukan, jadi kita tidak boleh semberono sebutkan siapa. “Baik Islam atau bukan Islam lakukan, tindakan sekeras-kerasnya patut diambil kerana kita tidak boleh kompromi soal menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara kita, lebih-lebih lagi kalau ia tercetus atas perkara yang berbaur keagamaan“ katanya. Beliau yang memandang serius terhadap perkara itu tidak mahu kejadian terbabit menjadikan kemarahan umat Islam semakin membara dan boleh menjejaskan keamanan negara. Dalam kejadian selepas solat Subuh awal pagi semalam, dua bungkusan kepala **** hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron. Dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

No comments:

Post a Comment