Tuesday, March 9, 2010

Bagaimana anda menguruskan masalah yang hadir dalam hidup anda?

ini salah satu kaedah yang saya dapat dari internet dan mari kita kongsi bersama.........

Bagaimana anda menguruskan masalah?

Saya mempunyai seorang sahabat baik yang saya kenali sejak tahun 2000 lagi. Persahabatan yang muncul hasil dari rasa kasihan yang hadir dari dalam diri saya. Alhamdulillah persahabatan kami berkekalan sehingga ke hari ini. Bagi saya itulah sahabat yang terbaik dikurniakan ALLAH kepada saya. Sahabat yang melihat saat kejatuhan dan kebangkitan saya dalam mengharungi kehidupan. Sahabat yang pernah mengeluarkan air mata ketika melihat keperitan perjalanan hidup saya, sahabat yang sentiasa memahami misi dan visi hidup saya, walaupun adakalanya misi dan visi kami amat berbeza.

Ya, kami terlalu banyak perbezaan. Namun perbezaan tersebut yang membantu kami untuk belajar memahami diri orang lain. Perbezaan tersebut menjadikan diri kami lebih fleksible terutama saya dalam menerima sesuatu perkara. Dari perbezaan tersebutlah saya belajar apa erti redha.

Satu perkara yang amat tidak disukai oleh sahabat saya, mengenai diri saya malahan beliau sentiasa berulang kali menegur saya ,supaya saya tahu bagaimana untuk meluahkan masalah. Ya, itulah kelemahan saya . Saya hanya tahu menerima dan mendengar masalah orang lain, tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Macam mana tu…

Bagi saya berkongsi masalah adalah sesuatu yang sukar untuk saya lakukan. Saya sendiri tidak pasti mengapa, dan adakah ianya adalah satu masalah dalam kehidupan saya? Sebenarnya kesukaran tersebut berlaku kerana saya boleh berubah mengikut keadaan. Bak kata, masuk kandang kambing mengembek, bila masuk kandang harimau kita kena mengaum.

Ya, sekiranya kelmarin saya mempunyai masalah, saya tidak akan membawa masalah tersebut sehingga ke hari esok. Malahan dalam masa satu hingga dua jam selepas itu, saya sudah melupakannya. Bukan bermakna jika saya melupakan masalah tersebut, saya akan meninggalkannya tanpa menyelesaikan masalah tersebut, ianya akan tetap saya selesaikan tetapi saya cari masa yang sesuai untuk saya selesaikan, kerana itulah saya jarang bercerita tentang masalah kerja yang saya alami, jika saya tidak lagi berada dalam waktu kerja.

Sikap ini amat kontra dengan sahabat saya tersebut, yang pantang melihat muka saya pasti ada cerita yang diceritakan tentang pekerjaannya kepada saya, malahan adakalanya beliau mengulangi cerita yang sama sehinggakan saya hafal setiap kronologi yang berlaku, malahan saya mengenali setiap nama staff dibawah jagaanya. Lawak rasanya!. Apa pun saya hanya mendengar, namun itulah kemanisan dalam persahabatan.

No comments:

Post a Comment