Monday, December 6, 2010

4 Minggu Sebelum Berakhirnya Final Sem

Pejam celik..... pejam celik..... dah hampir 3 tahun aku belajar di KLMU...... dan saki baki hari untuk menamatkan pengajian amat perit buatku....... terutama dengan Copa Cabana Crew dan member serumah ku......... apa nak buat ini semua dah takdir aku untuk berpisah dengan kawan-kawan yang paling aku sayang dan pastinya selepas ketiadaan mereka.... aku pasti akan merindui detik-detik dan saat-saat aku bersama mereka..... dikala suka dan duka...

Apa lagi yang boleh diperkatakan... masa amat mencemburui perhubungan kami........ aku redha dan aku bersyukur kerana dapat berkenalan dengan ramai member-member yang berhati mulia dan saling faham memahami antara satu sama lain..... suka dan duka aku bersama mereka..... aku pasti akan merindui saat-saat itu sehingga akhir hayat aku....

Rindu selamanya dan sayang mereka selamanya.....
Ya ALLAH.... kekalkanlah perhububgan kami agar kami tidak melupakan antara satu sama lain..... amin...

Sunday, December 5, 2010

COPA CABA RESTAURANT

COPA CABANA RESTAURANT

Copa Cabana Restaurant adalah salah satu daripada final projek aku. Di dalam final projek ini aku bergabung dengan 27 orang member2 aku. Kami di kehedaki membuka sebuah Restaurant dan kami dikehendaki untuk membuat marketing sendiri,memasak sendiri dan boleh dikatakan semua benda kami kena buat sendiri....Nama restaurant kami ialah COPA CABANA RESTAURANT. Restaurant tersebut terletak di dalam kawasan kolej (KLMU). Kami di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan memasak dan kumpulan F & B.

Tuesday, March 9, 2010

Bagaimana anda menguruskan masalah yang hadir dalam hidup anda?

ini salah satu kaedah yang saya dapat dari internet dan mari kita kongsi bersama.........

Bagaimana anda menguruskan masalah?

Saya mempunyai seorang sahabat baik yang saya kenali sejak tahun 2000 lagi. Persahabatan yang muncul hasil dari rasa kasihan yang hadir dari dalam diri saya. Alhamdulillah persahabatan kami berkekalan sehingga ke hari ini. Bagi saya itulah sahabat yang terbaik dikurniakan ALLAH kepada saya. Sahabat yang melihat saat kejatuhan dan kebangkitan saya dalam mengharungi kehidupan. Sahabat yang pernah mengeluarkan air mata ketika melihat keperitan perjalanan hidup saya, sahabat yang sentiasa memahami misi dan visi hidup saya, walaupun adakalanya misi dan visi kami amat berbeza.

Ya, kami terlalu banyak perbezaan. Namun perbezaan tersebut yang membantu kami untuk belajar memahami diri orang lain. Perbezaan tersebut menjadikan diri kami lebih fleksible terutama saya dalam menerima sesuatu perkara. Dari perbezaan tersebutlah saya belajar apa erti redha.

Satu perkara yang amat tidak disukai oleh sahabat saya, mengenai diri saya malahan beliau sentiasa berulang kali menegur saya ,supaya saya tahu bagaimana untuk meluahkan masalah. Ya, itulah kelemahan saya . Saya hanya tahu menerima dan mendengar masalah orang lain, tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Macam mana tu…

Bagi saya berkongsi masalah adalah sesuatu yang sukar untuk saya lakukan. Saya sendiri tidak pasti mengapa, dan adakah ianya adalah satu masalah dalam kehidupan saya? Sebenarnya kesukaran tersebut berlaku kerana saya boleh berubah mengikut keadaan. Bak kata, masuk kandang kambing mengembek, bila masuk kandang harimau kita kena mengaum.

Ya, sekiranya kelmarin saya mempunyai masalah, saya tidak akan membawa masalah tersebut sehingga ke hari esok. Malahan dalam masa satu hingga dua jam selepas itu, saya sudah melupakannya. Bukan bermakna jika saya melupakan masalah tersebut, saya akan meninggalkannya tanpa menyelesaikan masalah tersebut, ianya akan tetap saya selesaikan tetapi saya cari masa yang sesuai untuk saya selesaikan, kerana itulah saya jarang bercerita tentang masalah kerja yang saya alami, jika saya tidak lagi berada dalam waktu kerja.

Sikap ini amat kontra dengan sahabat saya tersebut, yang pantang melihat muka saya pasti ada cerita yang diceritakan tentang pekerjaannya kepada saya, malahan adakalanya beliau mengulangi cerita yang sama sehinggakan saya hafal setiap kronologi yang berlaku, malahan saya mengenali setiap nama staff dibawah jagaanya. Lawak rasanya!. Apa pun saya hanya mendengar, namun itulah kemanisan dalam persahabatan.

Saturday, March 6, 2010

Kepala Babi di masjid

perlakuan orang tidak siuman


2010/01/28


CEBU, (FILIPINA): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melahirkan rasa marah dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian meletakkan empat kepala **** hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras di dua masjid di Petaling Jaya semalam.

Beliau menyifatkan perlakuan itu sebagai tidak siuman dan bertentangan dengan amalan yang rasional. “Saya rasa marah dan ini adalah satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku.

Ia sesuatu yang amat memalukan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45.

Muhyiddin berkata, polis perlu mengambil langkah segera serta mengenakan tindakan serius terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara itu.

Beliau menyifatkan perlakuan itu sebagai tidak siuman dan bertentangan dengan amalan yang rasional. “Saya rasa marah dan ini adalah satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku.

Ia sesuatu yang amat memalukan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45.

Muhyiddin berkata, polis perlu mengambil langkah segera serta mengenakan tindakan serius terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara itu.

Beliau berkata, kejadian sebegini boleh membangkitkan kemarahan di kalangan umat Islam dan mahu agar semua pihak tenteram serta tidak menuduh sesiapa sebagai dalang di sebalik perbuatan itu. “Saya tidak mahu buat tuduhan siapa melakukan perbuatan ini, macam kes surau terbakar di Muar rupanya bukan orang bukan Islam yang lakukan, jadi kita tidak boleh semberono sebutkan siapa. “Baik Islam atau bukan Islam lakukan, tindakan sekeras-kerasnya patut diambil kerana kita tidak boleh kompromi soal menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara kita, lebih-lebih lagi kalau ia tercetus atas perkara yang berbaur keagamaan“ katanya. Beliau yang memandang serius terhadap perkara itu tidak mahu kejadian terbabit menjadikan kemarahan umat Islam semakin membara dan boleh menjejaskan keamanan negara. Dalam kejadian selepas solat Subuh awal pagi semalam, dua bungkusan kepala **** hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron. Dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.